MAHKOTA KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SULTAN TERENGGANU
Mahkota ialah pakaian Ulu Kebesaran Raja-Raja Terengganu yang diperbuat daripada emas bertatahkan permata berlian. Di bahagian tengah mahkota ini terdapat lambang bulan sabit dan bintang pecah lima yang bertatahkan permata,manakala di bahagian bawahnya terdapat kain baldu berwarna kuning. Mahkota ini berdiameter 7 inci dengan ukur lilit 22 inci serta berketinggian 4 inci. Mahkota ini pertama kali digunakan semasa istiadat pertabalan Almarhum Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah pada tahun 1920.
Pandangan atas
Sila Imbas menggunakan aplikasi AR Alat Kebesaran DiRaja Terengganu
MAHKOTA KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SULTANAH TERENGGANU
Mahkota yang diperbuat daripada emas putih bertatahkan permata berlian merupakan pakaian ulu kebesaran Raja-Raja Terengganu. Di bahagian tengah mahkota tersebut terdapat lambang bulan sabit dan bintang pecah lima yang bertatahkan permata, menjadikannya sebagai salah satu alat kebesaran Duli Yang Maha Mulia Permaisuri Terengganu semasa istiadat pertabalan.
Pandangan dari belakang
Sila Imbas menggunakan aplikasi AR Alat Kebesaran DiRaja Terengganu
MAHKOTA BERSIRAM
Mahkota Sultan yang juga dikenali sebagai Mahkota Bersiram atau Mahkota Songkok Emas Putih, digunakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan semasa Istiadat Bersiram Tabal. Mahkota ini mempunyai diameter sebesar 7 inci, dengan ukur lilit 22 inci, dan ketinggian 4 inci, menambah keindahan dan kemegahan acara tersebut.
Pandangan dari atas
Sila Imbas menggunakan aplikasi AR Alat Kebesaran DiRaja Terengganu
KERIS PANJANG DiRaja SULTAN TERENGGANU
Alat kebesaran yang amat dimuliakan adalah Keris Panjang DiRaja. Keris ini ialah alat kebesaran negeri utama dalam istiadat pertabalan sebagai tanda kebesaran dan kekuasaan. Hulu, sampir dan sarung keris ini diperbuat daripada emas berukir bertatahkan permata berlian, delima, zamrud dan nilam biru. Hulu keris ini berbentuk tapak kuda dan di hujungnya terdapat sebutir berlian. Di bahagian sampirnya terdapat lambang Kerajaan Terengganu. Panjang keris ini dari hulu ke hujung sarung adalah 77 sentimeter (30.3 inci). Keris ini hanya dibawa oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan dalam istiadat-istiadat tertentu sahaja. Ia mula digunakan semasa Istiadat Pertabalan Almarhum Sultan Ismail Nasiruddin Shah pada 6 Jun 1949.
Sila Imbas menggunakan aplikasi AR Alat Kebesaran DiRaja Terengganu
COP MOHOR ISTANA TERENGGANU
Cop Mohor Istana Terengganu merupakan lambang kekuasaan Sultan yang memerintah. Ia digunakan dalam surat menyurat rasmi untuk menunjukkan pengesahan kuasa dan arahan daripada kerajaan. Keluasan permukaan tapak cop mohor ini berdiameter 2.5 inci dan panjangnya ialah 2.4 inci.
Tapak cop mohor
Sila Imbas menggunakan aplikasi AR Alat Kebesaran DiRaja Terengganu
NOBAT DiRaja
Boleh dikatakan kebanyakan Negeri-Negeri Beraja di Malaysia menggunakan Nobat sebagai sebahagian daripada alat kebesaran Di Raja. Demikian juga di Negeri Terengganu, dimana Sultan yang memerintah menggunakan Nobat sebagai tanda dan alat kebesaran Di Raja. Nobat DiRaja mengandungi sebuah gendang saku dinamakan "Nahara", dua buah gendang nobat, sebatang serunai besar dinamakan "Nafiri", sepasang "Kopak-Kopak", sepasang Ceracik, dan sebatang Serdang.
Sekalian ini dibuat tubuhnya daripada perak, dan sebatang serunai nobat adalah diperbuat daripada gading dan di hadapannya daripada perak juga, dan ceracik daripada tembaga. Ia dipelihara dan dimainkan oleh satu pasukan di bawah seorang ketua atau guru nobat. "Nahara" dan "Gendang Nobat" dimainkan oleh empat orang, mereka berpakaian uniform yang sama.
Sila Imbas menggunakan aplikasi AR Alat Kebesaran DiRaja Terengganu
AR Alat Kebesaran DiRaja Terengganu
Augmented Reality