Darjah Kebesaran Negeri
Darjah-darjah kebesaran Negeri Terengganu mula diwujudkan pada tahun 1962 semasa pemerintahan Al-Marhum Duli Yang Maha Mulia Sultan Ismail Nasiruddin Shah di bawah kuasa undang-undang bagi diri kerajaan negeri terengganu 1911, bab kedua. Kuasa undang-udang ini memperuntukkan:
- Darjah kebesaran
Kerabat Terengganu Yang Amat Mulia yang dikuakuasakan pada 19 Jun 1962. Darjah kebesaran ini
terdiri daripada dua peringkat iaitu:
- a) Pertama
- Panglima Besar – Ahli Darjah Kebesaran Kerabat Terengganu Yang Amat Mulia Darjah Pertama
- Setiap penerima darjah kebesaran ini hendaklah memakai Bintang Darjah Kebesaran Kerabat berkenaan di sebelah kiri pakaian luar dan lencana yang tergantung pada pita (Selempang) dipakai bersandang di atas bahu kiri ke rusuk kanan. Bagaimanapun pada masa tertentu, lencana itu hendaklah digantungkan pada kalung (rantai).
- b) Kedua
- Panglima – Ahli Darjah kebesaran Kerabat Terengganu Yang Amat Mulia
- Darjah Kedua Keahlian di dalam Darjah Kebesaran Kerabat Terengganu Yang Amat Mulia ini terdiri daripada golongan kerabat yang berdarah raja yang didapati layak dan munasabah serta berjasa atau yang mempunyai kebolehan-kebolehan tertentu, memiliki sifat-sifat mulia, setia serta khidmat-khidmatnya mematutkan diperkenankan oleh Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan.
- Penganugerahan kepada raja-raja atau putera-putera raja asing dan pengurniaan kepada orang-orang asing yang didapati layak dan munasabah untuk diterima sebagai Ahli Kehormat boleh juga diperkenankan oleh Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan walaupun jumlah mereka melebihi had yang telah ditetapkan.
- a) Pertama
- Darjah
kebesaran Mahkota Terengganu Yang Amat dihormati yang dikuatkuasa pada 19 Jun 1962. Darjah
kebesaran ini terdiri daripada empat peringkat iaitu:
- a) Pertama
- Panglima Besar – Sri Paduka Mahkota Terengganu (S.P.M.T)
- Mereka yang dianugerahkan Darjah Kebesaran ini hendaklah mengguna, menyandang panggilan dan gelaran Dato’ sebelum nama masing-masing manakala isteri-isteri mereka pula hendaklah menggunakan gelaran To’ Puan pada setiap masa.
- b) Kedua
- Mereka yang dianugerahkan Darjah Kebesaran ini hendaklah mengguna, menyandang panggilan dan gelaran Dato’ sebelum nama masing-masing manakala isteri-isteri mereka pula hendaklah menggunakan gelaran To’ Puan pada setiap masa.
- Penerima Darjah Kebesaran ini hendaklah memakai Bintang berkenaan di sebelah kiri pakaian luar dan Lencana yang tergantung pada Pita hendaklah dikalungkan ke leher. Mereka yang dianugerahkan Darjah Kebesaran ini hendaklah mengguna, menyandang panggilan dan gelaran Dato’ sebelum nama masing-masing manakala isteri-isteri mereka hendaklah menggunakan gelaran To’ Puan pada setiap masa.
- c) Ketiga
- Taulan – Setia Mahkota Terengganu (S.M.T)
- Penerima Darjah Kebesaran ini hendaklah memakai Lencana berkenaan yang digantung pada Pita dan dikalungkan ke leher.
- d) Keempat
- Ahli-Ahli Mahkota Terengganu (A.M.T)
- Penerima Darjah Kebesaran ini hendaklah memakai Lencana berkenaan di sebelah dada kiri.
- Kaum wanita yang menerima Darjah Kebesaran masing-masing hendaklah memakai seperti mana yang ditetapkan.
- Penerima yang terdiri daripada bukan anak watan Terengganu disifatkan sebagai Yang Kehormat dan jumlah mereka tidak termasuk dalam bilangan yang ditetapkan.
- a) Pertama
- Pada zaman
pemerintahan Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Mutafi Billah Shah, dibawah kuasa undang-undang Bagi
Diri Kerajaan Negeri Terengganu Bab Kedua, telah mewujudkan Darjah Kebesaran Sultan Mahmud 1
Terengganu Yang Amat Terpuji. Darjah kebesaran ini terbahagi kepada tiga iaitu:
- a) Pertama
- Panglima Besar- Ahli Seri Setia Sultan Mahmud Terengganu (S.S.M.T)
- Seseorang penerima hendaklah memakai Bintang Darjah Kebesaran Kerabat ini di sebelah kiri pakaian luar dan Lencana yang tergantung pada Pita (Selempang) yang dipakai bersandang di atas bahu kiri ke rusuk kanan atau digantung pada kalung (rantai) apabila dikehendaki.
- b) Kedua
- Panglima – Ahli Dato’ Setia Sultan Mahmud Terengganu (D.S.M.T)
- Seseorang penerima hendaklah memakai Bintang Darjah Kebesaran Kerabat ini di sebelah kiri pakaian luar dan menggantungkan Lencana pada Pita yang dikalongkan ke leher.
- c) Ketiga
- Taulan – Ahli Setia Sultan Mahmud Terengganu (A.S.M)
- Penerima Darjah Kebesaran ini hendaklah memakai Lencana berkenaan pada suatu Pita yang dikalungkan ke leher.
- a) Pertama