Pakaian Istiadat Sultan Terengganu
lstiadat-istiadat Pembarisan Sempena Hari Ulangtahun Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan, Istiadat Pembukaan Majlis Mesyuarat Dewan Undangan Negeri Terengganu

Sultan dan Yang Di-Pertuan Bagi Negeri Terengganu Darul Iman serta Segala Jajahan Takluknya telah berkenan menetapkan semula Pakaian Seragam (Uniform) Negeri Terengganu yang boleh dipakai di dalam Istiadat-istiadat Kerajaan Negeri seperti lstiadat-istiadat Pembarisan Sempena Hari Ulangtahun Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan, Istiadat Pembukaan Majlis Mesyuarat Dewan Undangan Negeri Terengganu dan lain-lain istiadat yang ditentukan dari suatu masa ke suatu masa.

Peringkat Utama adalah bagi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja & Duli Yang Teramat Mulia Yang Di-Pertuan Muda :

  • Baju - Baju daripada kain gabardine wool putih kekuningan (cream) berbutang lima dan sebelahnya diadakan dua poket yang berbuyang dan lehernya bertangkup. Jenis bunga di leher, bunga bahu dan bilangan butang lengan ditentukan menurut peringkat. (Rajah N)
  • Seluar – Seluar daripada kain gabardine wool warna hitam pada jahitan rusuknya diadakan jalur daripada benang emas kuning lebaarnya 3.81 cm (1.5 inci).
  • Songkok – Songkok daripada baldu hitam setinggi 8.5 cm dililit di tengah-tengahnya garis benang emas berukuran 1.5 cm lebar dan disematkan lencana daripada Lambang (Badge) Negeri Terengganu Darul Iman sebelah kiri 5 cm daripada hadapan songkok ke lambing dan di bawah songkok dililit dengan garis benang emar berukuran 0.7 cm. (Rajah J)
  • Butang – Kesemua butang besar dan kecil tertera Lambang Negeri Terengganu Darul Iman.
  • Kasut – Kasut hitam berkilat (Black Ankle Boot) berzip dan bertumit 3.8 cm tinggi.
lstiadat-istiadat Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan, lstiadat Pembukaan Majlis Mesyuarat Dewan Undangan Negeri Terengganu

Sultan dan Yang Di-Pertuan Bagi Negeri Terengganu Darul Iman serta Segala Jajahan Takluknya dengan telah berkenan menetapkan semula Pakaian Seragam (Uniform) Melayu bagi Negeri Terengganu yang boleh dipakai di dalam lstiadat-istiadat Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan, lstiadat Pembukaan Majlis Mesyuarat Dewan Undangan Negeri Terengganu dan lain-lain Istiadat yang ditentukan dari satu masa ke satu masa bagi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja dan juga Duli Yang Teramat Mulia Yang Di-Pertuan Muda.

  • Baju & Seluar - Warna biru muda berjalur benang emas selebar 2 inci tiap-tiap jalur dan jarak antara jalurnya lebih kurang 3 inci. Baju berleher cekak musang dengan 3 butang keemasan yang bulat kepalaya kira-kira 2 ½ hun berhuruf “ST” pada dada dan lehernya bertangkup seperti leher baju Pakaian Seragam. Dari dada kebawah hendaknya boleh dibuka dn bahgian bawah dari butang hendaklah dilekatkan dengan huk atau seumpanya. Baju tiada berpesak dan lengannya dibentuk secara kot (coat), tiada kocek sebelah atas. Seluar dipotong cara seluar lounge suit. (Rajah P1)
  • Kain Samping – Warna biru muda benang emas bercorak penuh Teluk Berantai. Kepalanya bercorak “Lawi Ayam”. Atas dan bawahnya pula bercorak Air Mulih.
  • Keris – Keris dipakai pada siang hari iaitu sebilah keris pendek
  • Kasut – Kasut dan sarung kaki warna hitam.
Pakaian Seragam Malam bagi Negeri Terengganu

Sultan dan Yang Di-Pertuan Bagi Negeri Terengganu Darul Iman serta Segala Jajahan Takluknya telah berkenan menetapkan semula Pakaian Seragam Malam bagi Negeri Terengganu yang boleh dipakai di dalam jamuan atau majlis-majlis malam bagi Kerajaan Terengganu apabila dikehendaki memakai sedemikian itu dari suatu masa ke suatu masa. Pakaian Seragam Malam tersebut adalah ditentukan pada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja & Duli Yang Teramat Mulia Yang Di-Pertuan Muda.

  • Baju – Baju yang terkenal dengan sebutan “Mess-Kit” diperbuat daripada kain gabardine wool putih kekuningan (cream). Di tengah-tengahnya lapel dilekatkan 2 lencana daripada Lambang Negeri Terengganu berukuran 2.3 cm. (Rajah O)
  • Bunga Bahu – Atas bahu kiri kanan dilekatkan bunga bahu (Apolet) yang diperbuat daripada benang emas dilekatkan di atas baldu kuning panjangnya kira-kira 12.70 cm dan lebarnya di hujung bahu kira-kira 3.81 cm berkeadaan tirus sebelah atas dan berbutang keci di hujungnya. (Rajah L)
  • Butang – Butang lengan 7 biji tiap-tiap sebelah (daripada butang lengan Pakain Seragam Negeri Terengganu).
  • Bengkung – Bengkung daripada kain warna kunin yang dipakai di sebelah dalam baju.
  • Seluar – Seluar daripada kain gabardine wool warna hitam pada jahitan rusuknya diadakan jalur daripada benang emas kuning lebarnya 3.81 cm (1.5 inci).
  • Kasut – Kasut hitam berkilat (Black Ankle Boot) berzip dan bertumit 3.8 cm tinggi.