Sultan Abdul Rahman

(1830)- Sultan Terengganu yang Kelima.

Baginda adalah putera Sultan Zainal Abidin Shah II dengan Che Puan Wan Zainab anak Bendahara Indera Bongsu Johor-Lingga. Baginda adalah adik-beradik seibu sebapa dengan Sultan Ahmad I. Baginda ditabal dan dinobatkan oleh pemuafakatan para pembesar kerana jawatan Bendahara telah dihapuskan oleh Sultan Ahmad I. Kedudukan Sultan Abdul Rahman sebagai sultan merupakan buat pertama kalinya takhta kerajaan turun kepada adik-beradik Al-Marhum Sultan sebelumnya, bukannya kepada putera Al-Marhum Sultan.

Sultan Abdul Rahman menaiki takhta pada bulan Julai 1830 (Muharam 1246) dan memerintah hanya selama lebih kurang enam bulan. Baginda mangkat pada 17 Rejab 1246 Hijrah (bersamaan 1 Januari 1831) dan dimakamkan di Makam Sheikh Ibrahim bersebelahan makam Sultan Ahmad Shah I. Baginda digelar juga 'Marhum Surau.'15 Putera-puteri baginda ialah Yam Tuan Muda Tengku Abdullah, Tengku Lijah dan Tengku Salmah.