Sultan Zainal Abidin Shah II

Sultan Mansur Riayat Syah I Ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin Shah I

(1794-1808)- Sultan Terengganu yang Ketiga.

Keputraan Sultan Zainal Abidin I

Sultan Terengganu yang ketiga ialah Sultan Zainal Abidin Shah II (1794-1808).Baginda adalah putera Sultan Mansor I dengan Raja Bulang (Che Puan Besar), puteri Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah,Johor.

Pertabalan Sultan Zainal Abidin II

Baginda ditabal dan dinobat oleh Bendahara Tun Hussain, iaitu anak cucu Bendahara Tun Hussain yang menjadi Bendahara pada zaman Sultan Zainal Abidin Shah I. Semasa ditabalkan, Sultan Zainal Abidin Shah II sudah berusia kira-kira 50 tahun.

Kemangkatan & Pemakaman Sultan Zainal Abidin II

Sultan Zainal Abidin Shah II mangkat pada 1808 dan dimakamkan di dalam kawasan Masjid Abidin. Baginda dikenali juga sebagai Yang di-Pertuan Mata Merah dan Marhum Masjid. Putera-puteri baginda ialah Tengku Ahmad,Tengku Mansor,Tengku Abdul Rahman,Tengku Rahim,Tengku Che Khadijah,Tengku Jusoh,Tengku Che Busu (Tengku Chik Muda),Tengku Nik,Tengku Su Chik,Tengku Ismail dan Tengku Besar Abas.

Tiga putera baginda menjadi sultan. Mereka ialah Tengku Ahmad (menjadi Sultan Terengganu keempat dengan gelaran Sultan Ahmad I 1808-1830),Tengku Abdul Rahman(menjadi Sultan Terengganu kelima dengan gelaran Sultan Abdul Rahman 1830) dan Tengku Mansor (menjadi Sultan Terengganu ketujuh dengan gelaran Sultan Mansor II 1831-1836). Terdapat beberapa peristiwa penting pada zaman Sultan Zainal Abidin Shah II. Misalnya,pada zaman pemerintahan baginda, diwujudkan semula jawatan Bendahara.Tokoh yang memegang jawatan tersebut ialah Tun Hussain, anak cucu Bendahara Tun Hussain yang menjadi Bendahara pada zaman Sultan Zainal Abidin Shah I. Menteri utama pada zaman Sultan Zainal Abidin Shah II ialah Dato' Seri Nara Wangsa Dato' Mata-Mata Enche Salleh. Baginda mengukuhkan kedudukan wilayah jajahan takluk negeri Terengganu di Kemaman dan Dungun dengan membuat lawatan ke daerah-daerah tersebut. Baginda meneruskan usaha Sultan Mansor I untuk terlibat dalam pergolakan politik di Kelantan pada zaman Long Yunus,pengasas Kesultanan Kelantan yang ada sekarang. Pada zaman bagindalah, iaitu pada tahun 1794/1795 Masihi (1209 Hijrah), Tengku Muhammad (putera Sultan Mansor I) ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Negeri Kelantan.

Perkahwinan Sultan Zainal Abidin II

Baginda berkahwin dengan Wan Zainab, anak Bendahara Indera Bungsu Johor-Riau-Lingga. Wan Zainab dianugerahkan gelaran Che Puan Besar.Sultan Zainal Abidin Shah II juga berkahwin dengan anak perempuan Bendahara Tun Hussain yang dianugerahkan gelaran Che Puan Muda.