Tampang ini dihiasi dengan ukiran ayat suci Al-Quran dalam bentuk seni khat sulus yang mengandungi doa serta nasihat dari surah An-Nahli ( ayat 90 dan 91 ) dan An-Namli ( ayat 19 ). Ayat-ayat suci ini dipilih dan disyorkan oleh Mufti Kerajaan Negeri Terengganu, Sayyaid Yusof Bin Ali Az Zawawi.
Pada bahagian depan tampang diukir dengan ayat suci Al-Quran yang merupakan sebahagian daripada ayat 19 dari surah An-Namli. Ayat ini bermaksud : " Wahai tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada Ibubapaku dan supaya tetap mengerjakan amal yang Engkau redai dan masukkan daku dengan rahmatMu- ke dalam kumpulan hamba-hambaMu yang soleh ".
Pada bahagian depan tampang diukir dengan ayat suci Al-Quran yang merupakan sebahagian daripada ayat 19 dari surah An-Namli. Ayat ini bermaksud : " Wahai tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada Ibubapaku dan supaya tetap mengerjakan amal yang Engkau redai dan masukkan daku dengan rahmatMu- ke dalam kumpulan hamba-hambaMu yang soleh ".
Seterusnya pada tampang rusuk kiri diukir ayat Al-Quran daripada surah An-Nahli ayat 91. Ayat ini bermaksud : " Dan sempurnakanlah pesanan-pesanan dan perintah-perintah Allah apabila berjanji dan janganlah kamu merombak ( mencabuli ) sumpah kamu sesudah kamu menguatkannya ( dengan nama Allah ) sedang kamu telah menjadikan Allah sebagai penjamin kebaikan kamu, sesungguhnya Allah sedia mengetahui akan apa yang akan kamu lakukan ". Semua ukiran ayat-ayat ini di salutkan dengan air perada emas.
Di bahagian bawah tampang di hiaskan dengan ombak-ombak songket kuning berbenang emas yang di tenun khas, berukuran kira-kira 0.61cm. Bentuk bunga kain songket tersebut direka khas untuk menambahkan seri dan keistimewaan singgahsana. Songket tersebut telah direka dan diperbuat oleh pereka songket tempatan, Tengku Ismail manakala benang emas diimport khusus daripada Lyon, Peranchis. Di bahagian belakang, terdapat tabir yang dibuat khas daripada kain songket berwarna kuning dan bunganya seperti kain sutera ombak-ombak. Tabir yang berwarna kuning ini juga terdapat di sebelah kiri dan kanan Singgahsana. Kedua-dua tabir ini diikat dengan tali berwarna hitam putih.
Di singgahsana tersebut terletak dua buah Kerusi Di Raja yang tingginya kira-kira 1.69m dan 0.69m lebar. Kedua-dua kerusi ini direkabentuk khas sebagai tempat persemayaman. Pada keseluruhan bingkai Kerusi Di Raja ini terdapat Jata yang diukir halus dan disalutkan dengan air perada berwarna emas. Di antara dua buah Kerusi Di Raja terletak sebuah meja kecil berukiran halus berukuran 46cm tinggi, 46cm panjang dan 28cm lebar. Meja ini digunakan sebagai tempat meletakkan Keris Panjang ketika Duli Yang Maha Mulia Tuanku Al- Sultan bersemayam di singgahsana. Di bahagian bawah dan hadapan Kerusi Di Raja pula terdapat tempat letak duli yang dipanggil " Kekuda ". " Kekuda " ini berukuran 46cn panjang, 28cm lebar dan 10cm tinggi.
Di belakang Kerusi Di Raja terdapat sebuah kotak besar yang dipanggil Bantal Besar.. Bantal Besar ini berperanan sebagai lambang keagungan peradapan Raja-Raja Melayu zaman silam. Pada zaman dahulu, bantal tersebut dijadikan tempat raja meletakkan tangan dan bersandar ketika duduk bersila menerima menghadap para pembesar atau rakyat. Oleh kerana itu, Bantal Besar kini masih ditempatkan walaupun singgahsana dilengkapkan dengan Kerusi Di Raja. Segala upacara Di Raja tidak akan lengkap tanpa bantal. Pada keempat-empat penjuru Bantal Besar berkenaan dihiasi dengan bunga emas yang dikenali sebagai Bunga Tajuk.