Ulama Terengganu
Ulama adalah pewaris nabi-nabi. Mereka menyebarkan agama Islam dan datang membawa cahaya hidayah dan ilmu di Kepulauan Tanah Melayu ini semenjak dari abad ke 16 Masihi lagi. Perkembangan agama Islam yang begitu pantas ini berjaya melahirkan ramai ilmuan dan cendekiawan yang hebat khususnya di Terengganu. Ini dapat disaksikan pada Abad ke 17 Masihi di mana di zaman inilah lahir ramai ulama dari kepulauan nusantara ini, antaranya tokoh yang amat terkenal iaitu Syeikh Daud Al-Pattani dan Tok Syeikh Duyong serta lain-lain lagi. Ulama ini bukan sahaja menjadi tenaga pengajar bahkan mereka juga dijadikan rujukan fatwa hukum hakam, penasihat raja-raja dan tempat rujukan masyarakat setempatnya.
Senarai Ulama-ulama Terengganu
Syeikh Abdul Kadir Bukit Bayas
Tok Pulau Manis
Tokku Melaka
Tokku Paloh